Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14 8 2025 - π‘¨π’‘π’Š π‘΄π’–π’”π’π’‚π’‰π’Œπ’‚π’ π‘²π’†π’…π’Šπ’‚π’Žπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂, 𝑭𝑬𝑳π‘ͺ𝑹𝑨 π‘·π’‚π’‰π’‚π’π’ˆ 𝑯𝒖𝒍𝒖𝒓 π‘Ίπ’–π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘·π’“π’Šπ’‰π’‚π’•π’Šπ’

Aug 25, 2025, 09:59 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14 8 2025 - Seorang peserta Projek Permatang Serdang, FELCRA Berhad Kawasan Permatang Besar hilang tempat berteduh sekelip mata setelah rumahnya musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 5.30 petang semalam. Api yang marak dengan cepat menghanguskan sebahagian besar struktur rumah itu, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Prihatin dengan nasib yang menimpa, pihak pengurusan FELCRA Berhad Negeri Pahang bersama Pengurusan Kawasan FELCRA Kawasan Permatang Besar turun menghulurkan sumbangan kilat kepada mangsa sebagai bantuan segera untuk meringankan beban. Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan mewakili Pengarah Negeri, yang turut disertai oleh Pengurus Kawasan Permatang Besar, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta, SE, staf serta wakil AJKKP.

FELCRA Berhad Negeri Pahang menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga, serta mendoakan agar mereka tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini.

531873745_1341174728011526_8923976835409906038_n