Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14 Februari 2026 – pelaksanaan Mesyuarat Agung Majlis Belia FELCRA Malaysia Wilayah Sarawak Tahun 2026.

Feb 19, 2026, 10:30 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
14 Februari 2026 – Selesai pelaksanaan Mesyuarat Agung Majlis Belia FELCRA Malaysia Wilayah Sarawak Tahun 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Galcia Anak Chung, Pengerusi Majlis Belia FELCRA Wilayah Sarawak. Seramai 30 orang barisan belia yang hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menentukan arah dan tujuan organisasi belia FELCRA dalam membincangkan hala tuju dan kemajuan organisasi majlis belia. Disamping itu juga, ia memberi penerangan kepada belia mengenai program dan aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan pada tahun ini sekaligus melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi menggerakkan belia FELCRA dengan lebih aktif .
Mesyuarat ini juga menjadi salah satu platform pihak pengurusan FELCRA Berhad dalam mendampingi komuniti belia secara lebih dekat untuk bergerak lebih aktif dalam menjayakan program bersama anak-anak peserta FELCRA.

636707463_955188737170267_1235741337290097618_n