Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14.11.2024 - 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗨𝗡 𝗝𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂 𝟭𝟬𝟬 𝗔𝘀𝗻𝗮f.

Dec 2, 2024, 09:16 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14.11.2024 - Seramai 100 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf miskin tegar, pesakit kronik serta ibu tunggal, telah menerima manfaat melalui Program Agihan Wakalah Zakat DUN Jenderak. Program ini adalah hasil kerjasama Felcra Berhad dan Kepimpinan Masyarakat setempat.

Penerima sumbangan terdiri daripada peserta Felcra Berhad Kawasan Ulu Jenut yang mewakili beberapa projek di bawah DUN Jenderak, termasuk Ulu Jenut (38 orang), Dato’ Shariff Ahmad (36 orang), Tekal (8 orang), Paya Nawan (2 orang), Gong Holt (9 orang), dan Kuala Mai (7 orang).
Selain itu, dua institusi turut menerima sumbangan dalam kategori asnaf fisabilillah, iaitu Pusat Pengajian dan Pendidikan Tahfiz Al-Imdad yang beroperasi di Kampung Dato’ Shariff Ahmad serta Masjid An-Nur Kuala Krau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jenderak merangkap Ketua Peserta Felcra Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Rodzuan Bin Zaaba yang hadir merasmikan program tersebut merakamkan penghargaan kepada Felcra Berhad atas keprihatinan mereka dalam membantu golongan asnaf di kawasan DUN Jenderak.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Felcra Berhad, bukan sahaja kerana memberikan dividen kepada para peserta, tetapi juga atas pelaksanaan program kebajikan seperti agihan wakalah zakat ini yang benar-benar membawa manfaat besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Turut hadir Pengarah Felcra Negeri Pahang En Mohamad Rusli Bin Bahari, Penghulu Mukim Jenderak, En Zainal Abidin Bin Md Hussien.

466891947_1108415971287404_4467142796068494542_n (1)