Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14.5.2024 - Bengkel mewarnai kain dengan alam Institusi WADIRA FELCRA Berhad

May 21, 2024, 11:30 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14.5.2024 - Bengkel mewarnai kain dengan alam Institusi WADIRA FELCRA Berhad yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Zainul Anzaid Bin Haji Seman, Timbalan Pengarah Institusi Peserta FELCRA Berhad bertempat di Dewan Mini Kaka Reshouse, Sipitang Sabah.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang ahli WADIRA Projek Ulu Sipitang kawasan Beaufort. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli WADIRA untuk menceburi bidang kraf seni pembuatan corak kain menggunakan warna alam semulajadi dari tumbuhan daunan terpilih.
Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memupuk minat kumpulan WADIRA dan seterusnya memberi sumber pendapatan kepada WADIRA yang merupakan isteri dan anak-anak peserta projek FELCRA Berhad.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Puan Fadilatulusrah Binti Othman, Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan Belia & Wanita, Puan Nurul Syahrizahwati Binti Salleh, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta FELCRA Negeri Sabah, barisan staf Pengurusan Institusi Peserta Ibu Pejabat & Pengurusan Kawasan Beaufort.

441178119_453364950411828_5879920058523204006_n
441239231_453364960411827_6576880446297629481_n