Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14.5.2025 - Kembara Ilmu 2025 – Projek Ulu Renggol, Felcra Berhad Kawasan Chendera Cincin

May 20, 2025, 10:49 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14.5.2025 - FELCRA Berhad Negeri Pahang telah menganjurkan Program KEMBARA ILMU 2025 bertempat di Projek Ulu Renggol, FELCRA Kawasan Chendera Cincin. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan persediaan penorehan getah serta penggunaan racun dan stimulant dalam usaha meningkatkan hasil tanaman.

Program ini turut disertai oleh:
- YBrs Tuan Mohamad Rusli Bin Bahari, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang
• Tuan Haji Azhar bin Ehsan, Pengetua FBCOE
• Pegawai Kawasan (PK), Pegawai Ladang (PL), dan Mandor
• Wakil syarikat pengeluar racun (ANCOM) dan stimulant (MORTEX)
• FELCRA Plantation

Melalui program ini, peserta diberi taklimat teknikal dan demonstrasi berkaitan penggunaan input pertanian secara berkesan. Objektif utama program adalah untuk memperkasa ilmu pengurusan dan penghasilan tanaman getah dalam kalangan warga ladang dan pengurus operasi FELCRA.

497224589_1261487509313582_6922419149394751646_n
496946360_1261487515980248_3934772126893513985_n