Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15 7 2025 - Lawatan Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah ke premis Perniaagaan Usahawan bimbingan FELCRA Berhad & Penyampaian Geran Kerajaan

Jul 21, 2025, 10:52 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

15 7 2025 - Satu lawatan rasmi telah diadakan oleh YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke premis perniagaan usahawan bimbingan FELCRA Berhad, iaitu Kilang Kopi Taat Zufi Enterprise, pengeluar produk Kopi Mengkudu Pra-Campuran yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Lawatan ini turut menyaksikan penyampaian mock cek Geran Pembangunan Kerajaan (RP5-RMK12) bagi Program Perlengkapan Kampung - Premis Perniagaan Tahun 2025 kepada pemilik kilang, Encik Zulkifli bin Md Rais dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30,420.00. Geran ini bertujuan membantu menaik taraf premis dan meningkatkan kapasiti pengeluaran usahawan luar bandar.
Produk utama keluaran kilang ini, Kopi Mengkudu Pra-Campuran, terkenal dengan pelbagai khasiat seperti:
- Membantu melancarkan peredaran darah
- Menyokong kesihatan sistem pencernaan
- Memberi tenaga dan kesegaran tubuh
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Mengurangkan tekanan dan keletihan
Turut hadir mengiringi lawatan ini ialah:
- YBrs. Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah
- YBrs. Puan Dina Alfha binti Arund, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosioekonomi FELCRA Berhad
FELCRA Berhad terus komited dalam membimbing dan memperkasa usahawan luar bandar selari dengan agenda pembangunan ekonomi desa.

519061187_122175811520341114_2659271651080174970_n