Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15 Januari 2024 - Majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Warga Pengurusan Felcra Berhad Wilayah Sarawak Tahun Baru 2024

Jan 29, 2024, 15:04 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
15 Januari 2024  - Amanat Tahun Baru 2024 Bersama Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Idris Bin Lasim bersama warga FELCRA Wilayah Sarawak telah berlangsung di Auditorium INFRA Negeri Sarawak semalam.
Dalam amanat dan ucapan yang disampaikan di hadapan lebih kurang 200 orang kakitangan FELCRA Wilayah Sarawak, YBhg. Dato telah menyeru kepada semua staf agar dapat memainkan peranan penting dalam tugasan yang telah dipertanggungjawabkan agar segala perancangan dan sasaran pada tahun 2024 memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang.
Beliau turut menegaskan agar kakitangan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak sentiasa berpegang kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan agar tidak dipersoal di akhirat kelak sebagai panduan asas semasa bekerja. Di akhir ucapan tersebut juga beliau turut memberi motivasi agar semua staf terus bersatu hati untuk mengharungi cabaran di tahun 2024 yang dijangka lebih mencabar.
Turut dilangsungkan majlis penyampaian Anugerah Khidmat Setia kepada 23 orang kakitangan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun dan sambutan hari lahir staf FELCRA Wilayah Sarawak pada bulan Januari telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Idris Bin Lasim dengan jayanya.
420036039_396874039668409_619269372132404256_n