Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15 Julai 2022 - Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Dewan Negeri Chini, Pekan, Pahang.

Jul 18, 2022, 08:30 AM
Rancangan Tanah Kelompok (RTK) ini merupakan kawasan tanah yang dimajukan oleh FELCRA Berhad dan berada di dalam Kawasan Dewan Negeri Chini yang berkeluasan 1.214 hektar.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
15 Julai 2022 - YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri besar Pahang hari ini hadir di dalam Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Dewan Negeri Chini, Pekan, Pahang.
YAB Menteri Besar Pahang menyempurnakan penyerahan Suratan Hakmilik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) kepada 80 penerima.
Bersama mengiringi YAB Menteri Besar ialah YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad dan YB En Mohd Sharim Hj Md Zain, ADUN Kawasan Chini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, YBhg Dato’ Mat Roni Bin Zakaria.
Rancangan Tanah Kelompok (RTK) ini merupakan kawasan tanah yang dimajukan oleh FELCRA Berhad dan berada di dalam Kawasan Dewan Negeri Chini yang berkeluasan 1.214 hektar.

293682405_384813667080471_4713324993999043530_n