Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15 Mei 2023 - Perasmian Tapak Pembinaan Pusat Mengumpul Getah (PMG) dan Pusat Timbang di Projek Kawasan FELCRA Pong Selatan

May 24, 2023, 09:34 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
15 MEI, NAKA - Perasmian Tapak Pembinaan Pusat Mengumpul Getah (PMG) dan Pusat Timbang di Projek Kawasan FELCRA Pong Selatan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad, Yang Berbahagia Encik Mohammad bin Ab Rahman pada hari ini.
" Dengan adanya pembinaan Pusat Mengumpul Getah (PMG) dan Pusat Timbang melalui geran yang telah diberikan oleh FELCRA Berhad akan dapat menambahkan pendapatan institusi - institusi peserta FELCRA Kawasan Pong Selatan " kata beliau.
Pada akhir program, Encik Mohammad bin Ab Rahman telah menanam pokok rambutan sebagai simbolik perasmian Dataran Komersial FELCRA Pong Selatan.
Turut hadir bersama Pengurus - Pengurus Besar di bawah Kumpulan Hal Ehwal Peserta (HEPK); Ketua Unit Bahagian Peserta FELCRA Berhad Wilayah Utara (mewakili Pengurus Besar Wilayah) Encik Anuar bin Haniff; Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kawasan Kubang Kenyeng Encik Khairul Anwar bin Md Yusoff; Ketua Peserta Projek Pong Selatan, Encik Ibrahim bin Awang Besar; Pengerusi KPR Pong Selatan, Tuan Haji Shafie bin Hanafi dan warga kerja.

346057788_637502051109695_8506068463541870703_n
346649211_257436076688870_4791545439148090048_n