Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15.10.2025 - Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Kelapa Sawit (RAMP) & Pengistiharan Hasil Sawit G13

Oct 22, 2025, 15:57 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

15.10.2025 - FELCRA Berhad Negeri Pahang hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila Pusat Pengumpulan Kelapa Sawit (Ramp) di Ladang Projek Kuala Kaung, Kawasan Paya Laman telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim.

Menariknya, ramp ini turut dinamakan sebagai Ramp Inspirasi Dato’ Idris (RIDI) — sebagai penghargaan terhadap kepimpinan, visi dan semangat beliau dalam memperkasakan sektor perladangan FELCRA di seluruh negara.
Majlis ini turut menyaksikan pengisytiharan hasil sawit G13, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha FELCRA meningkatkan produktiviti serta pendapatan peserta.
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Idris menzahirkan harapan agar ramp RIDI ini menjadi contoh terbaik kepada projek-projek lain, sekali gus menjadi pemangkin kepada kemajuan komuniti peserta dan pengukuhan ekonomi luar bandar.
Turut hadir, barisan pengurusan kanan FELCRA Berhad, pegawai-pegawai FELCRA Negeri Pahang, wakil peserta serta penduduk setempat yang memeriahkan majlis penuh bermakna ini.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas dedikasi dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini!

564594668_1400509072078091_822071047867106889_n