Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15.11.2024 - Kpt Prihatin Madani Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024 Serta Sumbangan Bakul Makanan Pasca Banjir Kepada Peserta Felcra Berhad Lubok Stol

Dec 2, 2024, 09:19 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

15.11.2024 - Program Hari Diabetes Sedunia anjuran Pusat Diabetes Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama jabatan dan agensi tempatan telah diadakan bertempat di Masjid Mukim Lubok Stol, Rantau Panjang yang bertemakan "Diabetes dan Kesejahteraan" dirasmikan oleh Profesor Dr. Shaiful Bahari bin Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengurusan diabetes dan gaya hidup sihat.

Melalui program ini, Tuan Mohd Bukhari bin Mahadi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan turut menyampaikan sumbangan bakul makanan pasca banjir kepada peserta FELCRA Berhad Lubok Stol yang terkesan dengan kerjasama FELCRA Berhad Bukit Tandak selaku urusetia bersama sepanjang program berlangsung. Program ini menggalakkan masyarakat untuk lebih peka terhadap tanda-tanda awal diabetes dan mengambil langkah proaktif untuk mengawal penyakit ini demi kesejahteraan jangka panjang.

467319991_122178939944136912_5107860563699809902_n