Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

16 8 2025 - Program Jelajah Belia Felcra Berhad Pahang

Aug 25, 2025, 10:34 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

16 8 2025 - Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad telah menjayakan PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD PAHANG bertempat di FELCRA Berhad Kawasan Rumpun Makmur, Pahang.

Program ini bertujuan untuk menarik minat ahli-ahli baru yang berumur 15-30 tahun untuk mendaftar sebagai ahli belia FELCRA di samping memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang pembangunan diri, kepimpinan dan keusahawanan.
Sempena program diatas, Bahagian Institusi Peserta menganjurkan beberapa aktiviti menarik seperti Zumba & Street Soccer 3 VS 3, Fifa E- Sport, Belia Gegar Vaganza serta Pameran & Jualan.
Seramai 100 orang belia telah menyertai program ini.
Selain itu Persatuan Belia dibawah FELCRA Berhad yang turut hadir bersama bagi memeriahkan program ini adalah dari:
1) Persatuan Belia FELCRA Rumpun Makmur
2) Persatuan Belia FELCRA Sri Makmur
3) Persatuan Belia FELCRA Kerdau
4) Persatuan Belia FELCRA Tembeling Tengah
5) Persatuan Belia FELCRA Pahang Tenggara
6) Persatuan Belia FELCRA Sg Temau
Pn Nor Hashekin Binti Abdul Aziz
Penolong Pengarah Rakan Muda
JBS Pahang telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini.

532964503_122180703860341114_6558776035810669806_n