Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

16 Januari 2026 - Majlis Perasmian Pembukaan Stesen Minyak Caltes Koperasi Peserta - Peserta FELCRA Jayaputra

Feb 19, 2026, 09:42 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

16 Januari 2026 - Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Stesen Minyak Caltex Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Jayaputra Berhad dengan jayanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, En. Mohd Firdaus bin Shaari.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang, En. Mohamad Rusli bin Bahari, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Jayaputra Berhad, En. Rosli bin Ismail, serta Penghulu Mukim Hulu Cheka, En. Khairul Akhma bin Yusof.
Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Jayaputra,En Muhammad Norakmal bin Abd Hamid, pengurus-pengurus kawasan FELCRA Berhad Negeri Pahang, anggota-anggota Polis Balai Batu Balai, Pengurus Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, serta peserta-peserta FELCRA.
Pembukaan stesen minyak ini diharap dapat memudahkan urusan penduduk setempat, di samping memberi manfaat dan pulangan ekonomi kepada ahli-ahli Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Jayaputra Berhad, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

617438148_1482368650558799_8584926271499705543_n