Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

16 Mac 2023 - Lawatan Pemantauan Ke Projek Membina Jalan Keluar Masuk Di Persimpangan Lampu Isyarat Untuk Kawasan Perumahan 1,059 Unit Bagi Perumahan Kampung Tersusun Gererasi Kedua, Felcra Berhad Seberang Perak

Mar 23, 2023, 10:49 AM
News Source Url : https://www.facebook.com/sdoperak
Select a news type : External News
16 Mac 2023 – Pejabat Pembangunan Negeri Perak (PPN Perak) telah mengadakan satu lawatan intervensi on site ke Projek Membina Jalan Keluar Masuk Di Persimpangan Lampu Isyarat Untuk Kawasan Perumahan 1,059 Unit Bagi Perumahan Kampung Tersusun Gererasi Kedua, FELCRA Berhad Seberang Perak. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan Projek Pembangunan, PPN Perak iaitu Puan Muazatul Adawiyah. Lawatan ini turut disertai oleh Encik Mohamad Rusli Bahari Timbalan Pengurus FELCRA Berhad Wilayah Perak dan juga wakil daripada Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) selaku pelaksana projek.
Projek ini dijangkakan akan siap sepenuhnya pada 30 April 2023 ini dan ianya dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada seluruh penduduk di dalam Kawasan FELCRA Seberang Perak ini. Dengan sempurnanya kerja-kerja menaiktaraf persimpangan ini sedikit sebanyak risiko untuk terjadinya kemalangan di kawasan ini dapat dikurangkan. Untuk rekod, persimpangan ini adalah merupakan jalan yang menghubungkan antara Bandar Baru Seberang Perak dengan Pekan Kampung Gajah dan juga Ulu Dedap.

336363607_1400171460747660_7113444040298000367_n