Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

16.2.2024 - Taklimat Koperasi & E-Perkhidmatan LHDN

Feb 19, 2024, 11:23 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
16.2.2024 - Satu program kolaborasi antara FELCRA Berhad Wilayah Johor bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diadakan pada 15.02.2024 bertempat di Dewan LHDN, Kluang.
Program ini khusus diadakan untuk Koperasi Peserta -Peserta Felcra (KPR) di Felcra Berhad Johor. Objektif program adalah memberi pendedahan kepada koperasi berkaitan dengan penggunakan e-stamps rentetan penamatan penggunaan setem pelekat (setem hasil) bermula 1 januari 2024 yang lalu. Hal ini berkaitan urusan kontrak -kontrak yang akan diberikan kepada koperasi pada tahun ini dan akan datang.
Seterusnya, FELCRA juga ingin memberi pendedahan kepada koperasi berkaitan dengan peranan koperasi sebagai majikan dalam memastikan pekerja juga melaksanakan tanggungjawab pembayaran cukai.
Akhir sekali, koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian untuk meningkatkan nilai koperasi untuk terus berdaya maju dan cemerlang sehingga layak dikenakan cukai.
Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai LHDN antaranya En Muhamat Sanusi bin Abdul Ghani
Pengarah Bahagian Khidmat Pelanggan dan Pengurusan Dokumen dan En Rahmat Sukri bin Mohammad,
Pengarah Bahagian Audit Majikan Cawangan Khas.
Turut hadir Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Johor, Encik Anuar Merican Bin Akbar Merican.
426428566_720951706892609_3830392577335842593_n