Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

16.4.2025 - Majlis Simpulan Kasih Aidilfitri FELCRA Berhad Tengah 2025.

May 9, 2025, 10:27 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

16.4.2025 - Majlis Simpulan Kasih Aidilfitri FELCRA Berhad Tengah telah diadakan di Seri Chendana Ballroom, Tanam Botanikal, Melaka. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, barisan Pengurusan Tertinggi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah, Encik Faiz Syafiq bin Zainal Abidin, staf, Ketua Peserta, Pengerusi Koperasi dan para jemputan.

Majlis ini diadakan sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja FELCRA Berhad dan para peserta, di samping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Pelbagai acara menarik turut memeriahkan majlis seperti persembahan daripada Staf Kawasan dan Pejabat Negeri, jamuan Hari Raya, sesi cabutan bertuah serta penyerahan Kunci Van Jenazah kepada Pengerusi Pertubuhan Khairat Kematian Panchor Jaya Masjid Al-Munawwarah, Seremban.

491411289_1428306018324823_1358897988091093728_n