Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 . 2 .2024 - Majlis Dialog Kempen Pembangunan Tanah Terbiar Bersama Felcra Berhad Wilayah Kelantan.

Mar 4, 2024, 09:24 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
​17 . 2024 - Telah berlangsung satu Majlis Dialog Kempen Pembangunan Tanah Terbiar di Masjid Kg Bongor, Pasir Mas, Kelantan. Seramai 70 orang penduduk kawasan berhampiran yang turut hadir dalam majlis dialog ini.
Selaras dengan moto FELCRA Berhad iaitu “Peneraju Utama Pembangunan Tanah Terbiar”, majlis dialog ini turut dihadiri oleh Encik Noor Hariri bin Mohamed Nor, Pegawai Khas Pengerusi FELCRA Berhad. Majlis dialog ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada pemilik tanah di samping membuka peluang kepada mereka untuk membangunkan tanah yang terbiar bersama FELCRA Berhad.
Dalam pada itu, satu sesi taklimat berkenaan konsep pembangunan tanah terbiar oleh Encik Rudaini bin Ramli, KB Perladangan Wilayah Kelantan telah diberikan kepada penduduk yang hadir bagi memberi pencerahan bagaimana konsep ini dilaksanakan.
Turut hadir bersama, Tuan Zulkifli bin Mamat, Pengurus Besar Wilayah Kelantan, Encik Rudaini bin Ramli, KB Perladangan Wilayah Kelantan, PK Bukit Tandak dan Pengurusan Kanan Wilayah Kelantan yang terlibat.

428613097_122128225514136912_8597738401218854117_n