Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 7 2025 - Terengganu Fly Fishing Festival 2025

Jul 21, 2025, 11:22 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

17 7 2025 - Program Ini Di Anjurkan Setiap Tahun Dan Telah Dimasukan Dalam Kalendar Tahun Melawat Terengganu Bertempat Di Felcra Berhad Kawasan In-Situ Hulu Berang, Kampung Betong Yang Berlangsung Pada 11-13 Julai 2025.

Festival Ini Telah Menarik Lebih 70 Peserta Dari Dalam Dan Luar Negara Yang Meminati Sukan Pancing Layang (Fly Fishing).

Kawasan Insitu Hulu Berang, Kg Betong Ini Dipilih Sebagai Lokasi Festival Adalah Kerana Keunikan Yang Ada Pada Spesis Ikan Sikang Atau Nama Saintifiknya 'Raiamas Guttatus' Yang Menjadi Tarikan Utama Kaki Pancing Layang Termasuk Dari Luar Negara Untuk Mengunjungi Habitat Ikan Tersebut Yang Hanya Terdapat Di Sungai Berang,Kg.Betong  Dan Beberapa Lokasi Lain Sahaja.Para Peserta Dan Penduduk Kampung Tidak Melepaskan Peluang Bagi Memeriahkan Festival Kali Ini Dengan Mengadakan Pelbagai Aktiviti Antaranya :

- Sukaneka Kanak-Kanak Dan Dewasa

- Gotong Royong Memasak Gulai Kawah

- Pertandingan Mewarna Bagi Kanak-Kanak

 - Mural Sikang - Dilukis Oleh Peserta Luar Negara

 - Pelepasan Anak Ikan Ke Sungai

Dengan Penganjuran Program Ini Secara Tidak Langsung Telah Memperomosikan Kawasan Penempatan Felcra Insitu Hulu Berang Sebagai Kawasan Pilihan Para Pelancong.

 Program Ini Di Anjurkan Oleh :
Terengganu Fly Fishing Club
Betong Fly Fishing CluB
 Institusi Felcra Berhad Hulu Berang

521451802_755400583739677_3195553772716185812_n