Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 Julai 2023 - Lawatan ke Projek Eco-Pelancongan Taman Ternakan Kelulut Kg. Lambidan, Menumbok Sabah

Jul 18, 2023, 10:42 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
17.07.2023 - Lawatan ke Projek Eco-Pelancongan Taman Ternakan Kelulut Kg. Lambidan, Menumbok Sabah. Program ini merupakan projek ternakan kelulut pertama yang telah diusahakan oleh Encik Mohd Othman Bin Matdris yang merupakan peserta Projek Kg.Lambidan, Menumbok.
Program Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan projek ini dilapangan. Hadir dalam lawatan ini adalah Pengurus Kanan Cawangan Perundingan Dan Venture Baru, Bahagian Pengurusan Keusahawanan, Puan Syafinaz Binti Kamaluddin bersama Staf daripada Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Turut hadir bersama, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta, FELCRA Berhad Wilayah Sabah, Puan Nurul Syahrizawati Binti Haji Salleh, Ketua Unit Teknikal, FELCRA Berhad Wilayah Sabah, Encik Mohd Azlan Bin Abdullah dan staf Unit HEP, Unit Teknikal Pejabat Wilayah & SE FELCRA Berhad Kawasan Beaufort.
Projek ini telah mula mengeluarkan hasil dan madu kelulut tersebut telah mula dipasarkan dalam pasaran tempatan sehingga ke Negara Brunei Darussalam. Sehingga kini sudah terdapat 120 Log Kelulut aktif yang telah mengeluarkan hasil madu segar sehingga 1 kilogram bagi setiap log untuk setiap bulan.
Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memberikan pulangan kepada kumpulan sasar, iaitu peserta FELCRA Berhad dan tanggungjawab ini sebahagian daripada inisiatif Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi Dalam membantu usahawan dikalangan peserta FELCRA Berhad.
359829598_292434156504909_1182886184410995903_n
360095181_292434066504918_1308499387104694908_n
360148744_292433973171594_1732105065793160508_n
360160043_292434126504912_963521661743549573_n