Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 Julai 2023 - Mesyuarat Penyelarasan AJKKP Wilayah Perak Tahun 2023

Jul 18, 2023, 10:31 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
IPOH, 17 JULAI 2023  Mesyuarat Penyelarasan AJKKP Wilayah Perak Tahun 2023 telah berlangsung di MH Hotel, Ipoh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi, Yang Berusaha Encik Mohammad bin Ab Rahman yang turut diiringi bersama Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak, Yang Berusaha Encik Yusoff bin Razali.
Mesyuarat ini di adakan rentetan dari isu berbangkit oleh Ketua Peserta FELCRA Berhad Wilayah Perak pada Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta Wilayah Perak pada 16 Jun 2022. Seramai 52 orang Ketua Peserta FELCRA Berhad Wilayah Perak telah menghadiri mesyuarat pada hari ini.
Sesi dialog bersama Ketua Peserta turut diadakan bagi mendengar isu - isu terkini bagi mencari solusi untuk dibawa ke mesyuarat pengurusan tertinggi.
FELCRA Berhad melalui Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi sentiasa mendengar isu yang dibangkitkan oleh Ketua Peserta dan komited bagi mencari solusi isu tersebut.

361586960_623883429840159_3783521402991559460_n
361658966_623887959839706_6372129973266729868_n
359825488_623885793173256_6919100209207027142_n
359806685_623885883173247_8917418003819492054_n