Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 Oktober 2022 - Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan hutang lapuk peserta Felcra Berhad

Oct 25, 2022, 09:16 AM
"Saya dah dirujuk oleh Pengerusi Felcra akan perkara ini dan pada dasarnya, kerajaan bersetuju menghapus kira hutang peserta-peserta ini yang akan melibatkan kos sebanyak RM233.8 juta," katanya.
News Source Url : https://www.sinarharian.com.my/article/226298/berita/nasional/kerajaan-setuju-lupus-hutang-lapuk-peserta-felcra?fbclid=IwAR1XU1m4jU-ypGV9UwTyt5rE5Jave0FPwrhBfW3KDj0iyzHDwlayhqlg2OE
Select a news type : External News

17 Oktober 2022 -  Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan hutang lapuk peserta Felcra Berhad berjumlah RM233.8 juta melibatkan 20,000 peserta di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira ketidak mampuan peserta untuk melunaskan hutang lapuk lebih 30 tahun yang disebabkan hasil rendah dan projek kurang berdaya maju.

Menurutnya, sehingga Disember 2021, terdapat 323 projek Felcra membabitkan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju.

"Kalau hasilnya kurang, saya faham macam mana nak bayar hutang. Kalau kita potong, lagi sesak. Jadi kerajaan sedar perkara itu.

"Saya dah dirujuk oleh Pengerusi Felcra akan perkara ini dan pada dasarnya, kerajaan bersetuju menghapus kira hutang peserta-peserta ini yang akan melibatkan kos sebanyak RM233.8 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Risda dan Tok Batin/Penghulu Orang Asli di Arena Merdeka dekat sini pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ismail Sabri berkata, meskipun persetujuan diberikan, perkara itu secara prosedurnya masih perlu dibawa Mesyuarat kabinet untuk diluluskan

Sumber daripada : Sinar Harian

309323623_450884733806697_850736276404839752_n