Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17.10.2023 - Pengerusi FELCRA Berhad turun padang untuk melihat keadaan ladang tanaman sawit dan turut merasmikan Rumah Kraf Kampung Darul Islam, Belimbing bagi Program Kelestarian Dan Kemampanan Infrastruktur Pelancongan Desa Sarawak.

Oct 18, 2023, 11:50 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

17.10.2023 - Pengerusi FELCRA Berhad, Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub turun padang untuk melihat keadaan ladang tanaman sawit Projek FELCRA Berhad Kawasan Belimbing ketika Program Lawatan Kerja Ke FELCRA Berhad Kawasan Belimbing hari ini..

Sebelum itu taklimat mengenai projek ladang tersebut telah disampaikan oleh Pengurus FELCRA Berhad Kawasan Belimbing, Yang Berusaha Encik Mumad bin Usop.

Pengerusi FELCRA Berhad, Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub turut merasmikan Rumah Kraf Kampung Darul Islam, Belimbing bagi Program Kelestarian Dan Kemampanan Infrastruktur Pelancongan Desa Sarawak.
Pelancongan berasaskan komuniti adalah sebahagian daripada agropelancongan yang akan memperkasakan penduduk tempatan apabila membabitkan mereka secara langsung dalam aktiviti pelancongan di Negeri Sarawak.
Turut hadir bersama Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak, Yang Berusaha Encik Mohd Zaiful Anuar bin Zulkifli dan Ketua Kampung Darul Islam, Yang Berusaha Encik Durani bin Baharum.

393306385_672917868270048_8216933535252528728_n
391755586_672939828267852_5201526632736297428_n