Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17.5.2025 - Program Jelajah BELIA FELCRA Berhad 2025 bertempat di Kolej FELCRA Seberang Perak.

May 20, 2025, 10:45 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
17.5.2025 - Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad telah menjayakan PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD NEGERI PERAK 2025 bertempat di Kolej FELCRA Seberang Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Pembangunan Belia dan Wanita FELCRA Berhad Pn Fadilatulusrah binti Othman.

Program ini bertujuan untuk menarik minat ahli-ahli baru yang berumur 15-30 tahun untuk mendaftar sebagai ahli belia FELCRA di samping memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang pembangunan diri, kepimpinan dan keusahawanan.
Sempena program diatas, Bahagian Institusi Peserta menganjurkan beberapa aktiviti menarik seperti Zumba & Street Soccer 3 VS 3, Fifa E- Sport, Belia Gegar Vaganza serta Pameran & Jualan.

Seramai 100 orang belia telah menyertai program ini.
Selain itu Persatuan Belia dibawah FELCRA Berhad yang turut hadir bersama bagi memeriahkan program ini adalah dari:
1) Persatuan Belia FELCRA Seberang
Perak
2) Persatuan Belia FELCRA Lekir
3) Persatuan Belia FELCRA Changkat
Sulaiman
4) Persatuan Belia FELCRA
Nasaruddin
5) Persatuan Belia FELCRA Serigala

En Nur Hashuad bin Ahmad Rafaai Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kg Gajah telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini.498148362_122167324370341114_2558056050540912636_n
498943661_122167323590341114_3998897809657898381_n