Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

18 Ogos 2023 - FELCRA Seberang Perak menjadi mercu tanda kejayaan Kementerian Kemajuan Desa Wilayah.

Aug 24, 2023, 09:42 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
Hari ini menjadi kenangan yang terindah buat warga FELCRA Seberang Perak apabila Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Rubiah Wang sudi meluangkan masa untuk melakukan lawatan kerja ke Seberang Perak serta menyantuni warga kerja serta para Peserta FELCRA di sana.
Lawatan 2 hari tersebut diatur susulan seruan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan strategi bersepadu yang dilaksanakan oleh FELCRA dalam memajukan pertanian tanaman padi di Seberang Perak tanpa mengesampingkan kesejahteraan peserta FELCRA yang membentuk majoriti penduduk Seberang Perak dijadikan model untuk pembangunan yang serupa di Sabah dan Sarawak.
Lawatan yang bermula malam semalam di Projek CPBU Medan Ikan Bakar di Lekir, Setiawan diteruskan pada hari ini dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Dato’ Mat Roni Zakaria serta Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta dan Komunikasi, En Mohammad Bin Ab Rahman.
Setelah itu, satu sesi lawatan ke Pusat Benih Padi FELCRA Seberang Perak diadakan dengan pelbagai demonstrasi teknologi pertanian turut dipamerkan kepada YB Datuk Rubiah.
YB Datuk bersama para tetamu jemputan turut dibawa melawat dengan menaiki bas ke penempatan peserta FELCRA seberang Perak bagi melihat bagaimana aktiviti sosio ekonomi dijalankan di sana.

366362814_640595638168938_7014620952446378864_n
366742950_640595668168935_1439383461286268289_n