Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

18.5.2024 - Inisiatif Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar Di Malaysia Oleh Kkdw Dan Felcra Berhad Melengkap Kehidupan 70,000 Masyarakat Luar Bandar

May 21, 2024, 11:41 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
18.5.2024 – FELCRA Berhad (FELCRA) merancakkan landskap pembangunan luar bandar melalui pembinaan Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar di Malaysia dengan kapasiti 5.5-megawatt (MW) yang mula beroperasi sepenuhnya pada 11 April 2024 di Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, Jerantut, Pahang.
Dengan kapasiti 5.5 MW, loji janakuasa biogas ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada
hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 orang penduduk luar bandar yang bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi. Inisiatif ini bertepatan dengan Aspirasi Desa Madani yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Loji janakuasa biogas (efluen sawit) grid bersambung terbesar di Malaysia ini, yang telah
mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record, merupakan kejayaan hasil kerjasama
strategik antara FELCRA Berhad, Felcra Jayaputra Sdn Bhd dan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) anak syarikat UEM Group Berhad.
FELCRA optimis bahawa loji janakuasa yang diuruskan oleh Cenergi FJP ini merupakan pemangkin kepada proses perbandaran di luar bandar melalui impak positif terhadap limpahan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada masyarakat setempat.
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) melalui projek biogas dari sisa efluen kelapa sawit (Palm Oil Mill Effluent (POME)) ini merupakan inisiatif strategik bagi memastikan negara terus memperolehi sumber tenaga elektrik secara berterusan di samping menjamin kelestarian alam sekitar.
Menurut Zahid, untuk mencapai aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 5 ke 8 tahun yang akan datang, keperluan bekalan tenaga elektrik yang stabil dan konsisten memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan, perindustrian dan perbandaran.
Selain itu, beliau turut menggalakkan agensi kerajaan untuk memperkasakan kerjasama strategik dengan syarikat swasta yang berpotensi bagi mengukuhkan kemampuan syarikat serta mengembangkan akses kepada kepakaran dan pemindahan teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Zahid berkata demikian ketika hadir semasa perasmian Logi Janakuasa Biogas 5.5 MW Cenergi FJP di Jerantut, Pahang. Beliau turut diiringi oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, barisan Exco Negeri Pahang, Pengerusi FELCRA Berhad YBhg. Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakop, Pengerusi FELCRA Jayaputra, YBhg. Dato’ Mohd Nizar Zakaria dan Pengerusi Cenergi SEA Berhad YH Dato’ Mohd Izani Ghani. Lawatan ini diadakan untuk melihat inisiatif yang diperkenalkan di kilang sawit Felcra Jayaputra selain potensi untuk dikembangkan di kilang-kilang pemprosesan buah sawit milik FELCRA yang lain untuk diketengahkan dengan teknologi seumpama ini.
KKDW menerusi FELCRA akan terus giat memperkenalkan inisiatif khusus untuk masyarakat desa selain komited memperkasakan keupayaan fasiliti sedia ada untuk dinaik taraf bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar.
441458513_1009892583832115_7031950224608059970_n
442438702_1009892653832108_8331093794015414031_n
442462815_1009892623832111_5827715287269645192_n