Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

19 10 2023 - Majlis penyampaian sumbangan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Oct 26, 2023, 10:33 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

19.10.2023 - YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad hari ini menyerahkan sumbangan kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia untuk Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di dalam satu majlis penyampaian sumbangan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

FELCRA Berhad telah menyumbangkan sumbangan sebanyak RM100,000.00 bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan untuk komuniti Palestin yang terjejas dalam zon konflik, termasuk membekalkan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan kemanusiaan.
FELCRA Berhad bersama-sama Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel terhadap Palestin, dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin.
Turut hadir sama YBrs Encik Mohamed Ismi bin Abdul Majid, Pengurus Besar Kumpulan Kewangan dan YBrs Encik Zulkhairi bin Abd Rahim, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pengurusan.
393734614_674118408149994_7721528154581806871_n