Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

19 Januari 2023 - Majlis Taklimat Felcra Berhad (FELCRA) bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jan 26, 2023, 11:53 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa FELCRA Berhad merangka Transformasi 3.0 berikutan kejayaan siri terdahulu.
Beliau juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, ini bagi memastikan FELCRA Berhad bukan hanya sebagai sebuah badan korporat yang terus membina keuntungan untuk peserta melalui pertanggungjawaban sosial dan komersial.
“Antara elemen utama perlu ada dalam Transformasi 3.0 adalah pertanggungjawaban sosial, maknanya untuk mempertingkat taraf kehidupan para peserta dan juga memberi input kepada nilai tambah dari segi pengkomersialan terhadap aktiviti itu.
“Transformasi memberikan tumpuan kepada bidang-bidang untuk mempertambah lagi produktiviti,” kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri sesi taklimat pembangunan FELCRA Berhad di Wisma FELCRA hari ini.
Atas lonjakan kejayaan agenda transformasi FELCRA Berhad, ia juga akan disokong oleh kerajaan melalui suntikan dana pembangunan yang telah diluluskan dalam Bajet Mini 2023 dalam bentuk geran dengan 19 program demi kesejahteraan peserta FELCRA.
Turut menghadiri bersama ialah YB Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri KKDW.
326456100_1899406467058258_1887371152692559862_n