Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

19 Julai 2022 - PERASMIAN BALAI MASYARAKAT FELCRA BERHAD KAWASAN KERANGAI PENAGOH

Jul 22, 2022, 12:08 PM
Pada tahun 2021, dewan tersebut telah dibaikpulih dengan kos RM180,000.00 melalui sumber Program Ameniti Sosial Tahun 2020. RM50,000 turut disumbangkan oleh Ahli Parlimen Jelebu bagi penambahan hawa dingin dan jubin menjadikan keluasan 66' x 50' (3,300 sq.ft) yang mampu mencapai kapasiti sehingga 250 orang.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
 
19 Julai 2022 -Satu Majlis Perasmian Balai Masyarakat FELCRA Berhad Kawasan Kerangai Penagoh telah berlangsung pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta yang mewakili YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad.
Dewan tersebut telah dibina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan asal RM60,000 melalui sumber pembiayaan RM35,000 (Ahli Parlimen Jelebu) dan RM25,000 (Tabung Kebajikan Peserta) dengan keluasan 40' x 30' (1,2000 sq.ft). Manakala pembiayaan tandas melalui sumbangan FELCRA Berhad sebanyak RM10,000.
Pada tahun 2021, dewan tersebut telah dibaikpulih dengan kos RM180,000.00 melalui sumber Program Ameniti Sosial Tahun 2020. RM50,000 turut disumbangkan oleh Ahli Parlimen Jelebu bagi penambahan hawa dingin dan jubin menjadikan keluasan 66' x 50' (3,300 sq.ft) yang mampu mencapai kapasiti sehingga 250 orang.
Sebelum itu, Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Mei hingga Jun 2022 telah disampaikan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta diiringi bersama YBhg. Tuan Haji Musthafa bin Sulaiman, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Tengah.

Turut hadir bersama Encik Padzlan bin Rosu, Ketua Peserta Kawasan Kerangai Penagoh dan Encik .Mohd Norizam bin Yusoh, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kerangai Penagoh.

294705761_387362500158921_5678716809407390039_n