Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

19.10.2023 - KOPERASI PESERTA FELCRA PALOH BERHAD telah dinobatkan berada di tempat ke-3 AKJ2023, dan di tempat ke-39 indeks 100 Koperasi Terbaik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Oct 26, 2023, 11:13 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

19 Oktober 2023, Khamis - Majlis Anugerah Koperasi Johor (AKJ) 2023 telah berlangsung bertempat di Opero Hotel Southkey Johor Bahru.

AKJ 2023 telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor selaku Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor. Turut hadir Tuan Amran bin Abd Kadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah IKMa Zon Selatan, Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, rakan strategik dan wakil agensi.
KPFP Berhad mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang menyokong Koperasi selama ini. Ucapan penghargaan kepada ALK, staff yang sama-sama berganding bahu bangkit secara langsung memajukan KPFP BERHAD.
Terima Kasih juga kepada Felcra Berhad Felcra Berhad Kawasan Bt 3 1/2 Paloh Felcra Berhad Wilayah Johor Gerakan Koperasi Negeri Johor atas bimbingan serta sokongan kepada KPFP BERHAD selama ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa menyokong pembangunan koperasi di Negeri Johor dan Tahniah diucapkan kepada semua koperasi yang telah diiktiraf.
394553453_834886931768079_473172800168681210_n
394482954_834886851768087_7745530776738133097_n