Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

2 Februari 2023 -Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Sub Perlesenan di antara FRIM Incorporated Sdn Bhd dan KPRFSPB

Feb 3, 2023, 09:10 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
Bagi menyokong keperluan industri herba negara, baka elit FaFaF01 akan dikomersialkan oleh Koperasi Peserta FELCRA Seberang Perak Berhad melalui konsep tanaman integrasi kacip fatimah bersama spesies herba lain.
Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Sub Perlesenan di antara FRIM Incorporated Sdn Bhd dan KPRFSPB telah berlangsung di Tapak Projek Herba, Kampung Gajah, Seberang Perak.
Dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Encik Shamsuddin bin Yusuf, Pengerusi Koperasi FELCRA Seberang Perak dan Encik Jusaini Rizal bin Wan Nasruddin Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated Sdn Bhd yang disaksikan oleh YBhg Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad yang mewakili YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bersama YBrs Dr Ismail bin Haji Parlan, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Pengeluaran bahan mentah dari ladang integrasi ini diyakini dapat memenuhi permintaan herba tempatan dan mengurangkan kebergantungan daripada sumber semulajadi dan import yang berpotensi untuk penghasilan produk akhir yang berkualiti tinggi.
Dalam masa yang sama dapat membantu ahli-ahli koperasi menjana pendapatan sampingan secara berterusan melalui penanaman herba
Pada majlis tersebut turut diadakan pelancaran teh herba warisan yang dibangunkan oleh KPR FELCRA Seberang Perak, penyerahan sijil bengkel pemindahan teknologi projek keusahawanan komuniti peserta berasaskan herba bersama KPRFSPB, perasmian rumah teduhan dan rumah keratan di tapak projek herba juga simbolik penanaman pokok kacip fatimah klon FaFaF01.

328717064_5587596261362611_3614566225552419899_n
328526428_1202392657335069_8515468745790548235_n
328907678_868764231071798_7877744332802240749_n
328829498_748913919929491_6819348523075852422_n
328551138_898832764644905_2500018467578897514_n