Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

2.2.2024 - Felcra sasar pengeluaran tiga juta ayam pedaging setahun

Feb 7, 2024, 10:46 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

Machang: Felcra Berhad (Felcra) menyasarkan pengeluaran ternakan ayam pedaging sebanyak tiga juta setahun selepas projek kompleks ternakan ayam pedaging berskala besar secara sistem tertutup di Tanjung Seratus, Pahang siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sebelum ini ia hanya mampu mengeluarkan 1.5 juta ternakan ayam pedaging setahun dan pengeluaran itu akan berganda sebaik disiapkan sepenuhnya.

Katanya, pembinaan kompleks ternakan ayam pedaging mengalami kelewatan selama beberapa bulan disebabkan faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan.

"Walau bagaimanapun, kita yakin dan percaya pada penghujung tahun 2024 ia akan dapat beroperasi sepenuhnya sekali gus menggandakan pengeluaran ayam pedaging.

"Setakat ini, projek pembinaan projek kompleks ternakan ayam pedaging sudah siap melebihi 80 peratus," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 1, di sini, hari ini.

Beliau berkata, reban yang siap sudah beroperasi bagi pengeluaran ayam dari semasa ke semasa sementara menunggu reban lain yang masih dalam proses pembinaan.

"Sebelum ini hanya lima pusingan setiap tahun dan kita berusaha mengeluarkan seboleh-bolehnya enam pusingan setiap tahun," katanya.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan memperluaskan projek kompleks ternakan ayam pedaging di Bagan Datuk, Perak; Padang Terap, Kedah dan Kuala Lipis, Pahang.

"Selain itu, kita juga melihat potensi Kelantan untuk dijadikan salah satu daripada pusat ternakan ayam di bawah Felcra, namun lokasinya masih belum dipastikan lagi.

"Bagaimanapun, dengan adanya Pejabat Wilayah Felcra Kelantan, kita akan mewujudkan satu bahagian khusus keterjaminan makanan negara untuk diperluaskan di negeri ini.

"Kerajaan memberi tanggungjawab yang besar kepada Felcra di dalam soal keterjaminan makanan negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mendesak kerajaan negeri supaya menangguhkan dulu kenaikan tarif air di Kelantan.

"Kita tahu air di Kelantan ini adalah antara bekalan air yang tidak sempurna sehingga menjadi rungutan rakyat terutama yang bermastautin.

"Rakyat berada di luar tak apa mereka menghadapi kemudahan di luar dan balik setahun sekali, namun sebaliknya yang menetap di Kelantan," katanya.

Katanya, tidak adil untuk rakyat membayar bil pada tarif baharu ini sedangkan kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan yang baik untuk rakyat di ini.

"Tumpukan dulu kepada usaha membaiki saliran-saliran selain menyediakan kemudahan yang terbaik di dalam soal bekalan air di Kelantan," katanya.

diambil dari :