Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20 Februari 2023 - Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Belia dan Wadira peringkat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak.

Mar 2, 2023, 12:21 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

20 Februari 2023 - Alhamdulillah pada hari ini telah selesai satu Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Belia dan Wadira peringkat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak. Majlis ini melibatkan seramai 11 orang ahli Belia dan Wadira yang bertanding bagi pemilihan mewakili Wilayah Sarawak untuk ke peringkat Nasional pada Mac 2023 nanti.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik M Zaiful Anuar Bin Zulkifli, Caretaker Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak. Majlis turut diserikan dengan persembahan Marhaban daripada Wadira Kg Mang dan Nasyid daripada Wadira Kg Pinang & Kg Empila.
Tahniah dan semoga maju jaya diucapkan kepada yang telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Semoga program ataupun majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang bagi mengeratkan lagi ukhwah di antara pihak pengurusan dan warga peserta FELCRA Berhad wilayah Sarawak.
332341534_855262142235786_1089973816180938969_n