Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20.1.2025 - Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (Mini Akap) Felcra Berhad Negeri Kelantan 2024.

Feb 7, 2025, 10:14 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

20.1.2025 - Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (Mini AKAP) FELCRA Berhad Negeri Kelantan 2024 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad dengan kehadiran seramai 150 tetamu. Tujuan Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan bakti warga kerja FELCRA Berhad Kelantan di sepanjang tahun 2024 dan penganugerahan pertandingan penempatan peserta terbaik (Mini AKAP) yang telah dipertandingkan pada 02 – 04 September 2024 tempohari. Majlis turut mengadakan sesi peluncuran Program Mini Audit Peringkat Negeri Kelantan dengan slogan patuh, efisien, kawal dan amalan (PEKA) bagi penambahbaikan kualiti pengurusan dan pemantauan pematuhan piawaian.

Sekalung tahniah kepada semua pemenang bagi kategori berikut:
1. Anugerah Jasamu Dikenang:
a) Dzulfikri bin Ramli – Kawasan Berangan Mek Nab (Perkhidmatan 35 tahun)
b) Nor Ruddi bin Mat Ail - Estet Sungai Rawit (Perkhidmatan 36 tahun)
2. ⁠Anugerah Khidmat Setia:
a) Wan Marzuki bin Umar - Kawasan Panggong Lalat (Perkhidmatan 36 tahun)
b) Wan Ali bin Wan Harun - Pejabat Pengarah Negeri (Perkhidmatan 36 tahun)
c) Zaidi bin Deraman - Kawasan Tumbi Rapat (Perkhidmatan 15 tahun)
d) Mohd Rasedi bin Ismail - Kawasan Berangan Mek Nab (Perkhidmatan 15 tahun)
e) Mat Isa bin Deraman - Kawasan Bukit Tandak (Perkhidmatan 15 tahun)
f) Mahsuri bin Mashood - Pejabat Pengarah Negeri (Perkhidmatan 15 tahun)
3. ⁠Anugerah Gemilang Pengarah Negeri:
a) Pen. Eks. Kanan Pentadbiran Kawasan Terbaik - Norlida binti Mat Adam (Kawasan Bukit Tandak)
b) Pen. Eks. Pembangunan Peserta Terbaik - Norranizan binti Deris (Kawasan Berangan Mek Nab)
c) Pen. Eks. Perladangan Terbaik - Mohd Zubaidi bin Zakaria (Kawasan Bukit Tandak)
d) Pen. Eks. Pentadbiran Terbaik - Noor Aniza binti Che Mahmud (Kawasan Bukit Tandak)
e) Pemandu Pentadbiran Terbaik - Fadzlil Hisham bin Ab Razak (Kawasan Bukit Tandak)
f) Pemandu Perladangan Terbaik - Dzulfikri bin Ramli (Kawasan Berangan Mek Nab)
4. ⁠Anugerah Pengurusan Terbaik
a) Kawasan P&P - FELCRA Berhad Kawasan Bukit Tandak
b) Estet Komersial - FELCRA Berhad Kawasan Panggong Lalat
5. ⁠Anugerah Mini AKAP 2024
a) Johan - Penempatan FELCRA Berhad In-Situ Teratak Batu
b) Tempat Ke-2 - Penempatan FELCRA Berhad Bukit Tandak
c) Tempat Ke-3 - Penempatan FELCRA Berhad Panggong Lalat
6. ⁠Anugerah Pakaian Terbaik
a) King of The Night - Saifulreezal bin Hashim
b) Queen of The Night - Noor Kartini binti Mohd Noor

474515423_122189491364136912_7887841279418196030_n