Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20.1.2025 - Majlis Apresiasi FELCRA Berhad Negeri Johor

Feb 7, 2025, 10:06 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

20.1.2025 - Telah berlansung Majlis Apresiasi FELCRA Berhad Negeri Johor bertempat di Trove Hotel Johor Bahru , Johor. Majlis telah Disempurnakan oleh YBhg. Dato' Idris Bin Lasim , Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad. Turut hadir sama YBrs En. Anuar Merican Bin Akhbar Merican, Pemangku Pengarah Perladangan Felcra Berhad dan juga YBrs En. Bukhari Bin Abd Latif, Pengarah Negeri Felcra Berhad Johor. Pada Majlis ini juga YBhg Dato' Idris Bin Lasim turut menyempurnakan Gimik pelancaran Johor Smart , iaitu Tagline yang menjadi Visi dan Misi pada Felcra Berhad Negeri Johor.

Majlis Apresiasi ini adalah sebagai penghargaan kepada Pengurusan Kawasan dan juga Staf Felcra Berhad Negeri Johor yang komited dan juga berdedikasi menyumbang kepada kejayaan Felcra Berhad Negeri Johor sepanjang tahun 2024. Sebanyak 14 kategori Anugerah diberikan kepada penerima, antaranya adalah , Anugerah Projek Melebihi 100% , Anugerah khas Pengurusan institusi Terbaik dan juga Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik.
Tahniah kepada semua Penerima Anugerah dan juga barisan staf Felcra Berhad Negeri Johor yang menjayakan Majlis ini .
474455939_940217678299343_8631972049871211738_n