Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20.9.2023 - Misi Penjurian Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) 2023 diteruskan ke FELCRA Berhad Penempatan Kerajaan Negeri FELCRA Weng. Ketibaan dalam dewan telah diisambut dengan marhaban oleh WADIRA FELCRA Weng.

Sep 25, 2023, 11:43 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

20.9.2023 - Misi Penjurian Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) 2023 diteruskan ke FELCRA Berhad Penempatan Kerajaan Negeri FELCRA Weng. Ketibaan dalam dewan telah diisambut dengan marhaban oleh WADIRA FELCRA Weng.

Sebelum itu delegasi penjurian telah mengelilingi penempatan dan lokasi menarik yang terdapat di FELCRA Weng dengan menaiki traktor dan ATV. Juri juga berpeluang melihat penghasilan kraftangan, melawat Weng Waterpark, tanaman cili dan bergambar di Rumah Warisan yang merupakan rumah asal penempatan Weng.
Pada akhir majlis , upacara penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Utara, YBhg. Encik Zulkifli bin Mamat.
Hari ini adalah hari terakhir dan kawasan terakhir Delegasi Juri di Wilayah Utara. Adakah Penempatan di Kedah Darul Aman ini akan membawa gelaran juara bagi AKAP 2023? Kita tunggu dan lihat.
Semoga berjaya kepada penempatan yang telah dipilih untuk bertanding bagi AKAP 2023.
380941479_657864126442089_6135550061558152813_n