Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20.9.2025 - Program Kejohanan FELCRA Dirt Bike Track Day Tahun 2025

Oct 22, 2025, 15:30 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

20.9.2025 - Program Kejohanan FELCRA Dirt Bike Track Day Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan pada 20 September 2025 (Sabtu) bertempat di Litar Motorcross MPKS Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini merupakan inisiatif bersama Bahagian Institusi Peserta , FELCRA Negeri Sarawak dan Majlis Belia FELCRA Wilayah bersama Debelo Bikers Community Sarawak dan Kelab Motocross Region 1 Kuching yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk setempat, termasuk peminat sukan permotoran dari seluruh kawasan sekitar.
Suasana litar dimeriahkan dengan pelbagai aksi menarik daripada peserta dan sepanjang kejohanan berlangsung, peserta telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan keberanian yang tinggi di atas litar, menjadikan acara ini satu pengalaman yang cukup mengujakan.
Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainul Anzaid bin Haji Seman, Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Peserta, FELCRA Berhad. Kehadiran beliau menyerikan lagi acara penutup dan turut memberikan suntikan semangat buat para peserta serta semua pihak yang terlibat.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan program ini. Moga kejayaan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak program yang bermanfaat untuk belia FELCRA Berhad pada masa akan datang.
5 Kategori yang di pertandingkan dan senarai pemenang ialah :
1)CUB CROSS STANDARD
Pertama : Mathew Ak Paul
Kedua:Ezequiel Churchill Ak Lawrance
Ketiga:Mohammad Simon
Keempat: Brian Egas Anak Mathew
Kelima:Avyson Anak Maen
2) CUB/MINI CROSS
Pertama:Dickson Anak Ali
Kedua:Evrette Anak Nibis
Ketiga:Welfred Lanser Anak Jotim
Keempat:Fahrie Anak Wilson
Kelima:Avyson Anak Maen
3) SCRAMBLER BELOW 150cc(CKD/CBU)
Pertama:Xavier Abdec
Kedua:Andrish Houxy Ank Petrus
Ketiga:Steven Jobrine Dominic
Keempat:Nelvin Anak Micheal Dang
4)MOTOCROSS 125/150/250 F
Pertama:Frank Anak Dominic
Kedua:Leroy Jowit Ak Ahon
Ketiga:Lim Kok Ping
Keempat:Andrish Houxy Anak Petrus
Kelima:Poi Chie Weng
5)MOTOCROSS OPEN
Pertama:Frank Ank Dominic
Kedua:Claudie Elmolzer Ak Cosmas
Ketiga:Lim Kok Ping
Keempat:Claudius Elroy Ak Cosmas
Kelima:Andrish Houxy Anak Petrus

556838424_122187180446341114_3117405569108350841_n