Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

21 6 2025 - Program Bersama Waris FELCRA Berhad Kawasan Simunjan Projek Kg Tebelu

Jul 21, 2025, 10:18 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

21 6 2025 - Program Bersama Waris adalah Program yang diadakan untuk memurnikan lagi proses penandatangan perjanjian dan melengkapkan perjanjian sekaligus mengemaskini maklumat peserta diperingkat kawasan dan telah disertai lebih kurang 40 orang peserta yang menetap di Kg Tebelu. Bukan itu sahaja, Program ini diadakan bermula pada 18 Jun 2025 hingga 21 Jun 2025 dengan kaedah melawat ke rumah-rumah peserta yang terlibat dengan proses perjanjian ini. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Amir Firdaus Bin Kori, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kawasan Simunjan dan kerjasama dari pihak AJKKP Projek Kg Tebelu untuk menjayakan Program Bersama Waris ini.

Hasil dari Program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan dan peserta sekaligus menambah baik pengurusan Hal Ehwal Peserta dan mengambil berat akan kebajikan peserta FELCRA Berhad Sarawak pada masa akan datang.

512369030_762817033074106_2292363862491100365_n