21 JULAI 2023 - FELCRA Berhad telah menerima surat kelulusan rayuan pengurangan denda premium bagi pemberimilikan tanah kerajaan daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang
Jul 26, 2023, 09:09 AM
News Source Url :
Select a news type :
Internal News
21 JULAI 2023 - FELCRA Berhad telah menerima surat kelulusan rayuan pengurangan denda premium bagi pemberimilikan tanah kerajaan daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang yang melibatkan 20 permohonan pemberimilikan tanah pertanian kepada FELCRA Berhad dengan luas keseluruhan 836.223 hektar.
Penyampaian surat tersebut telah disampaikan oleh YH. Dato’ Hamdan Bin Hussin, Pengarah Tanah Dan Galian Pahang kepada YBhg. Dato' Mat Roni Bin Zakaria, Ketua Pegawai
Eksekutif FELCRA Berhad.
Turut mengiringi bersama Tuan Haji Abdullah Sohaini Bin Hassan, Pengurus Besar Pengurusan Tanah Dan Ukur FELCRA Berhad dan Encik Huzaifah Bin Abd Nasir, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang.
