Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

21.10.2025 - Perbincangan Tukar Syarat Tanah (Estet Felcra Berhad Sg. Rawit) Di Antara Felcra Berhad Dan Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang

Oct 22, 2025, 16:05 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

21.10.2025 - Sesi perbincangan berkaitan tukar syarat tanah telah diadakan di Bilik Mesyuarat FELCRA Berhad Negeri Kelantan yang melibatkan Pengurusan Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang dan FELCRA Berhad.

Permohonan pertukaran syarat tanaman ini dilakukan bagi memastikan kesesuaian penggunaan tanah serta pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Perbincangan ini dihadiri oleh YABrs. Encik Mohd. Rosdhi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang, YBrs. Encik Nik Mohd Ali bin Nik Salleh, Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah Dan Pelupusan), Encik Mohd Nazir bin Che Mat Zin, Pemb. Tanah dan Pelupusan Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang, Encik Mohd Azman bin Md Razali, Ketua Audit Dalam FELCRA Berhad, Encik Mohd Bukhari bin Mahadi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan, Encik Mohd Kusaini Zanir bin Abd Manan, Timbalan Pengarah Estet Komersial FELCRA Berhad dan Pengurusan Kanan FELCRA Berhad.

564193240_122231962040136912_8981235937817573998_n