Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

22 Februari 2023 Majlis - menandatangani memorandum kerjasama diantara FELCRA Berhad dan Siti Payung Outlet serta taklimat korporat dan operasi Kek Lapis Sarawak Siti Payung.

Mar 2, 2023, 12:35 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
22 Februari 2023 - Bahagian Pengurusan Keusahawanan telah menandatangani memorandum kerjasama diantara FELCRA Berhad dan Siti Payung Outlet untuk memasarkan produk - produk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad ke pasaran Negeri Sarawak melalui Borneo Outlet Store (BOS).
Pengurus Besar Pengurusan Keusahawanan FELCRA Berhad, Encik Nasri bin Nyak mewakili FELCRA Berhad dan Encik Mohammad Hafidz bin Rohani, Pengarah Urusan IANA Corporation mewakili Siti Payung Outlet telah menandatangani kerjasama strategik yang disaksikan oleh Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad, Encik Mohammad bin Ab Rahman.
Melalui kerjasama strategik tersebut Siti Payung Outlet amat komited dan aktif dalam membantu memasarkan produk-produk Usahawan Bimbingan FELCRA samada pemasaran secara langsung atau dalam talian (online).
Dengan identiti PRODUK DESA CITARASA DUNIA yang menjadi identiti kepada semua produk keluaran usahawan FELCRA Berhad, Kawasan Miri dipilih kerana peluang untuk produk usahawan akan mula dikenali oleh pengguna kawasan sekitar dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Semoga dengan kerjasama strategik ini dapat membantu produk - produk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad untuk menembusi pasaran di Negara Brunei Darussalam serta dapat meningkatkan lagi jualan di Siti Payung Outlet.

selain itu, 

Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad, YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman meluangkan masa mendengar taklimat korporat dan operasi Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang disampaikan oleh Pengarah Urusan IANA Corporation, Encik Mohammad Hafidz bin Rohani.
Turut hadir bersama Ketua Bahagian Khidmat Sokongan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak, Encik Vincent John Maja dan Ketua Unit Bahagian Peserta FELCRA Berhad Wilayah Sarawak, Encik Hamzah bin Yak,

332934857_1557159814750101_6056247701621686553_n
332965961_753317946325734_2357230054035079044_n