22 Julai 2022 - Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad 2022 di Padang Bola KTM, Temangan, Kelantan.
Jul 27, 2022, 08:19 AM
Di antara pengisian mini karnival ini ialah Cabutan Bertuah Bonanza, Pertandingan Sukaneka Rakyat, Jualan Usahawan FELCRA, Pameran Agensi Kerajaan, Persembahan Dikir Barat dan Servis Motosikal Percuma.
News Source Url :
Select a news type :
Internal News
22 Julai 2022 - YB Datuk Haji Ahmad Jazlan hari ini merasmikan Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad 2022 di Padang Bola KTM, Temangan, Kelantan.
Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad 2022 ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan di DUN Temangan yang juga merupakan DUN di bawah Parlimen Machang yg diwakili YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub yang juga Pengerusi FELCRA Berhad.
Di antara pengisian mini karnival ini ialah Cabutan Bertuah Bonanza, Pertandingan Sukaneka Rakyat, Jualan Usahawan FELCRA, Pameran Agensi Kerajaan, Persembahan Dikir Barat dan Servis Motosikal Percuma.
Majlis perasmian ini juga turut dihadiri Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad, YBrs Encik Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Pegawai Pentadbiran Modal Insan FELCRA Berhad, YBrs Encik Zulkhairi bin Abdul Rahim dan juga Pegawai Daerah Machang, YBrs Encik Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain.
Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad 2022 berlangsung selama 2 hari bermula 22 Julai - 23 Julai 2022.
