Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

22 Julai 2023 - Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa KUD & Karnival Usahawan Orang Asli yang dirasmikan Oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10

Jul 26, 2023, 09:19 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
22 Julai 2023 - Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa KUD & Karnival Usahawan Orang Asli yang dirasmikan Oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10
Dalam ucapan beliau, Anwar menyatakan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya akan terus mengembangkan program seperti KUD bagi membantu para usahawan tempatan untuk terus berkembang maju serta akan menjaga kebajikan usahawan-usahawan Orang Asli di seluruh Malaysia.
Menurut beliau lagi, pelbagai perbincangan telah dilakukan dengan TPM merangkap Menteri KKDW Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid yang memberi fokus untuk meningkatkan keberhasilan produk-produk usahawan bimbingan agensi di bawah KKDW seperti FELCRA, RISDA, KEMAS, JAKOA dan lain-lain.
Perdana Menteri yang meluangkan masa bersama dengan rakyat di Negeri Selangor hari ini turut mengunjungi gerai-gerai usahawan yang terlibat dalam karnival tersebut.
Selain Menteri kabinet dan Ketua agensi, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Dato Mat Roni Bin Zakaria turut hadir mewakili FELCRA dalam karnival 3 hari 2 malam tersebut.

360118139_626526616242507_1855555340087924791_n
360133697_626526672909168_4293360471372037661_n
360123001_626526692909166_1821469183227646645_n
362261739_626526712909164_994335057837401849_n
360117898_626526726242496_2714733040461636207_n