Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

22 Mei 2022 - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Sarawak 2022.

May 24, 2022, 10:54 AM
Dalam masa yang sama, Hasbi turut mengucapkan syabas kepada pengurusan FELCRA Berhad kerana telah memberikan sinar kepada peserta FELCRA dengan mengagihkan dividen yang memberangsangkan, sekali gus meringankan beban perbelanjaan pada musim perayaan ini.
News Source Url : https://web.facebook.com/japensarawak
Select a news type : Internal News
22 Mei 2022  - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah hadir ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Sarawak 2022 di salah sebuah hotel di sini, semalam.
Berucap dalam majlis tersebut, Hasbi memberitahu pelbagai geran dan peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
Katanya, ini termasuklah dari segi pembangunan insfrastruktur kampung serta peningkatan pendapatan usahawan masyarakat luar bandar tanpa mengira kaum, agama, budaya dan bangsa.
"Justeru, saya menyeru seluruh warga kerja di bawah KPLB agar sentiasa bersungguh-sungguh, berintegriti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap amanah yang diberi.
“Apa jua tanggungjawab yang diamanahkan, kita perlu lakukan sebaik mungkin agar rakyat berurusan dengan kita berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Hasbi turut mengucapkan syabas kepada pengurusan FELCRA Berhad kerana telah memberikan sinar kepada peserta FELCRA dengan mengagihkan dividen yang memberangsangkan, sekali gus meringankan beban perbelanjaan pada musim perayaan ini.
Beliau juga berkesempatan menyampaikan Anugerah Hasil Terbaik
 
Suku Tahun Pertama 2022, Dividen Tertinggi 2021 dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak Mohd Nawawi Wahab, wakil-wakil jabatan serta kakitangan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak.
Disediakan oleh: Barina Nani (BMKK)
Foto oleh: Mahmud Sulaiman (BKVS)