Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

22.10.2023 - majis Perasmian Penutupan Program Seminar Motivasi Akademik Rakyat FELCRA Berhad (SMART-FB) tahun 2023.

Oct 26, 2023, 11:24 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
22 Oktober 2023: Telah diadakan satu majis Perasmian Penutupan Program Seminar Motivasi Akademik Rakyat FELCRA Berhad (SMART-FB) tahun 2023. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 20 hingga 22 Oktober 20223 bertempat di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar dikalangan anak peserta FELCRA Berhad seluruh Sarawak telah menyertai program ini.
Program seperti ini diadakan bagi tujuan persediaan anak-anak peserta untuk menduduki peperiksaan SPM yang akan datang. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang program dijadikan bekalan untuk semua anak-anak peserta yang hadir dalam program ini.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Bin Ab Rahman Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta dan Komunikasi FELCRA Berhad. Turut hadir, Encik Hamzah Bin Yak@Sabeli Pengurus Pembangunan Peserta FELCRA Berhad Sarawak, Encik Muhd Fazreen Ismari Bin Fauzi Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), dan Puan Faridah Bin Mat Rashid Pengurus Operasi Yayasan FELCRA serta warga staf FELCRA Berhad Wilayah Sarawak

394566832_347360994619714_5669041269037758449_n