Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23 9 2025 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri tengah 2025

Sep 25, 2025, 11:21 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

23 9 2025 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah.

Sempena sambutan tersebut, pihak FELCRA Berhad Tengah telah menjemput penceramah jemputan, Saudara Samsul Debat, yang telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bekerja sebagai Ibadah: Inspirasi dari Kehidupan Rasulullah". Ceramah ini memberi suntikan motivasi kepada warga kerja FELCRA tentang kepentingan menjadikan pekerjaan sebagai satu bentuk ibadah yang diberkati.

Dalam majlis yang sama, FELCRA Berhad Tengah turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada para pemenang pertandingan video pendek sempena bulan kemerdekaan yang lalu. Pertandingan ini telah menunjukkan kreativiti serta semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

554817544_1549573419531415_3699386166627634746_n