Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23.2.2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan

Mar 4, 2024, 09:47 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
23.2.2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2,537,234.15 dalam majlis penyerahan zakat perniagaan enam (6) buah syarikat korporat di Istana Kinta, Ipoh.
Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh BELATI yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamad Solan bin Derani dengan bayaran berjumlah RM190,000 disusuli oleh Felcra Berhad Wilayah Perak yang diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah, Tuan Yusoff bin Razali dengan jumlah RM714,234.15. Selain itu, Ladang Moccis Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Dato’ Ahmad Sobri bin Wan Teh turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000. Seterusnya Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi Millenia Aqua Services Sdn. Bhd., Datuk Hang Tuah bin Din dengan bayaran berjumlah RM163,000.
Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Ir. Saiful Azzuan bin Aznam dengan jumlah RM820,000 dan Royal College of Medicine Perak yang diwakili oleh Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Tuan Hissamuddin bin Omar sebanyak RM400,000.
Hadir sama di dalam majlis berkenaan Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YABhg. Dato’ Seri Ir Mohamad Othman bin Zainal Azim, YBhg. Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YB. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, YB. Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, YBrs. Sahibus Saadah Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohamed Azumi bin Mohamed, dan Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari.

429671640_789475309883912_8753622204683590845_n

sumber daripada: FB ZakatPerakMAIPk