Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23.2.2024 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan - Badan Korporat

Mar 4, 2024, 09:43 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
23 ​.2.2024 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan - Badan Korporat telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri''Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri''Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.
FELCRA Berhad telah menyempurnakan zakat perniagaan berjumlah RM4,000,286.71 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Idris Bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.
Pembayaran wang zakat itu diharap dapat menjadi asbab kepada pihak PKZ Pahang untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan.
Turut hadir bersama YBhg. Encik Huzaifah Bin Abd Nasir, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang.

428633994_744912941070540_8534618709381316365_n