Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23.3.2024 - 𝗠𝗔𝗜𝗣𝗸 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗠 𝟵,𝟮𝟲𝟳,𝟰𝟭𝟭.𝟲𝟭

Apr 8, 2024, 09:24 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
23.3.2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM9,267,411.61 dalam majlis penyerahan zakat perniagaan enam (6) buah syarikat korporat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Roni bin Abdulwahab dengan bayaran berjumlah RM947,217, disusuli oleh Empayar Indera Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besar Empayar Indera Sdn. Bhd., Tuan Hasrin bin Abdul Rahman dengan jumlah RM200,000. Dalam majlis yang sama, Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Tuan Haji Mohd Shafie bin Md Rejab turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak
RM100,000. Seterusnya diikuti oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Tuan Shamsuddin bin Yusof dengan bayaran berjumlah RM248,130.13.
Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman dengan jumlah RM7,472,064.48 dan PINS Network Solutions Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Tuan Adi Reza bin Abd Razak sebanyak RM300,000.
433634934_807206151444161_4850863402249668694_n