Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

24 6 2025 - Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 38, Tahun 2025 Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad

Jul 21, 2025, 10:21 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
24 6 2025 - Sekitar Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 38, Tahun 2025
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad pada 24hb Jun 2025 bertempat di Dewan Besar Felcra Berhad, Bandar Seberang Perak
.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Tn M. Zaiful Anuar Bin Zulkifli, Pengarah Negeri Felcra Berhad Perak serta dihadiri oleh anggota Koperasi seramai 864 orang serta wakil agensi dan Pengurus Kawasan Felcra Berhad Seberang Perak.
Turut hadir, Puan Rozlizawati Binti Mohd Adnan, Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan Bahagian Pembangunan dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Hilir Perak serta En Hafizi Izham Bin Abdullah, wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
.
Mesyuarat telah berjalan lancar mengikut agenda yang telah disusun. Terima kasih kepada Anggota Koperasi yang hadir ke Mesyuarat dan kekal setia di dalam dewan dari awal hingga akhir.
.
Penghargaan juga kepada para petugas yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini.
.
Tahniah kepada para anggota yang telah memenangi hadiah cabutan bertuah.
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

511302368_1033762655586833_6755605523672455553_n