Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

24 7 2025 - Program Jelajah Belia Felcra Berhad Tengah

Aug 5, 2025, 09:53 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
24 Julai 2025 - Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad telah menjayakan PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD TENGAH bertempat di FELCRA Berhad Kawasan Lakai, Negeri Sembilan.
Program ini bertujuan untuk menarik minat ahli-ahli baru yang berumur 15-30 tahun untuk mendaftar sebagai ahli belia FELCRA di samping memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang pembangunan diri, kepimpinan dan keusahawanan.
Sempena program diatas, Bahagian Institusi Peserta menganjurkan beberapa aktiviti menarik seperti Zumba & Street Soccer 3 VS 3, Fifa E- Sport, Belia Gegar Vaganza serta Pameran & Jualan.
Seramai 100 orang belia telah menyertai program ini.
Selain itu Persatuan Belia dibawah FELCRA Berhad yang turut hadir bersama bagi memeriahkan program ini adalah dari:
1) Persatuan Belia FELCRA Bayai
2) Persatuan Belia FELCRA Air Hitam
3) Persatuan Belia FELCRA Lakai
4) Persatuan Belia FELCRA Bukit Sedanan
5) Persatuan Belia FELCRA Ramuan China
En Mohd Firdaus Bin Mazlan
Penolong Pendaftar Kanan telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini.

523913058_122177255762341114_412642749769456462_n